PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH KE UNIVERSITI-UNIVERSITI DI TIMUR TENGAH (MESIR & JORDAN) YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA

Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) mempelawa calon yang berkelayakkan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan dan Pengajian Islam Peringkat Ijazah Sarjana Muda.

KELAYAKAN MEMOHON

  • Anak Negeri Kedah Darul Aman seperti takrif berikut :
  1. Pemohon atau ibu atau bapa yang dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman; ATAU
  2. Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Negeri Kedah dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan menetap di Negeri Kedah hendaklah mengemukakan surat pengesahan pemastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim bersama pengesahan Imam Kariah.

 

BIDANG PERUBATAN / PERGIGIAN / FARMASI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR

  • PELAJAR TAHUN 2 DAN KE ATAS sahaja yang layak memohon.

 

BIDANG PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB / TAHFIZ AL-QURAN

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

  1. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018 dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid, dan ;
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam semua matapelajaran berikut ;
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan ;
  • Pendidikan Syariah Islamiah

  

UNIVERSITI DI JORDAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat kepujian dalam semua matapelajaran berikut ;

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan ;
  • Pendidikan Syariah Islamiah

(Pelajar yang sedang menuntut di Universiti berkenaan layak untuk memohon dan sertakan bersama salinan keputusan peperiksaan terakhir)

 

CARA MEMOHON 

  1. Permohonan Pinjaman Pendidikan boleh dibuat secara atas talian di laman web yink.gov.my (akan dibuka pada waktu permohonan pinjaman diiklankan sahaja)
  2. Sila lengkapkan permohonan berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan beserta dokumen kelahiran pelajar dan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan kedua ibu bapa yang telah disahkan.