ceo baru

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum.

Pihak pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) mengucapkan selamat datang kepada para pelawat yang melawati laman web rasmi Yayasan Islam Negeri Kedah ini. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, pihak pengurusan YINK telah mewujudkan laman web agar sebarang infomasi dari pihak YINK dapat disalurkan dengan pantas dan tanpa batasan untuk diperolehi. Selain itu dengan wujudnya laman web ini diharap dapat dimanfaat sepenuhnya dari pelbagai peringkat dan juga dapat merapatkan jurang infomasi di antara pihak YINK dan warga negeri Kedah Darul Aman tentang visi objektif penubuhan YINK ini untuk pembangunan bersama. Laman web YINK ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa agar maklumat yang disampaikan tepat terkini.

Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad AMK., BCK.
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Islam Negeri Kedah